#CampakBalik // Saturday, June 14, 2014
|
6:46 AM |
Assalamualaikum semua, Hari ini agak gila sikit, ibu Noni ada kursus 4 hari kat Bangi balik malam. Biasanya, Noni and ibu selalu luangkan masa dengan BERJOGGING di Tasik Kota Kemuning tapi hari ni dan esok kena jog sesorang yang hantar abah. Abah kalau hantar Noni kat tasik tu bukan nak join tapi tengok suasana sebab kat tasik tu ramai orang main layang-layang dan main boat controller tu kat tasik jadi tak ada la bosan sangat suasana tasik tu. Jogging pun ceria sebab boleh lari sambil menghirup bau-bau pokok yang bersih. Hah! lupa, hari ini kat tasik ada recycle sampah-sampah kat tasik, ramai yang sertai anjuran dari Starbuck. Noni pun tolong juga kutip sampah-sampah kat tepi tasik sambil jog, bila terserempak orang yang baju hijau terus bagi sampah dalam plastic bag hitam pastu uncle cina kata "terima kasih" lepas tu Noni sambung jog. Ala Noni jog tak la laju mana, sekejap berhenti sekejap sambung bak kata orang tak cukup stamina katanya. Boleh tahan juga la Noni jog hari ini berbanding jog yang lepas 2 round je, kali ini 5 ROUND woah distance tak ambik pun tapi anggaran bagi Noni agak-agak 1800 meter satu round tu. Kalau 5 round mesti dah panjang meternya hahaha. *bangga sekejap. Jangan tanya kenapa la kalau Noni asyik berjogging, hanya wanita yang faham. Tepat pukul 6:45 petang macam tu, abah Noni call ajak balik, sebelum tu Noni cooling down sebab takut kram kaki tangan tengkok apa semua tu. Kat tasik tu ada la sikit apa nama mechine tak tahu la, Noni try yg mechine panjangkan kaki, kalau anda nak tahu Noni boleh buat split dan bridge. Lepas guna mechine tu, Noni try split dan bridge fuh! lega tak terasa. Dah lama tak buat demikian tapi tak nak lama-lama sebab Noni buat tu sekejap pun ada kakak abang makcik pakcik pandang lain macam pastu Noni ada dengar la ada sorang makcik kata "budak tu boleh bengkokkan badan wow" kat kawan dia, aish malu habis pastu pura-pura pasang earphone yang abah call Noni padahal dah lama abah menunggu. Memang seronok petang tu, aish esok nak jog lagi la. Tak sangka,tak diduga,terkejut beruk Noni dibuat, yela apa yang taknya ex-bf Noni tetiba wechat dan tertulis dia rindukan Noni. I was like....... ooo, dia datang balik rupanya. Dia pun kata sorry la pasal perkara yang lepas or whatever tu. Actually, Noni dah lupa tentang sejak kes teruk tu. Seriously, Noni kata memang Noni already lupa pasal dia,sekolah dia, segala mengenai dia kecuali nama panjang je la. Tetiba dia chat balik, mula-mula Noni tanya dalam hati "siapa mamat ni" masa tu dia tukar picture profile wechat then Noni buka profile dan zoom picture tu, rupa-rupanya dia. Terkejut la, tak pernah pernah mamat tak kenal tetiba sent chat sorry bagai siap saya awak and rupanya dia orang. Haha Noni memang sah lupa dia tapi Noni still sent chat tu dan anggap dia kawan baru Noni yang Noni kenal biasa sebelum kitaorang berdua couple. Lagipun, lagi sehari nak sekolah jadi dia asyik chit-chat dengan Noni, kdang-kadang pukul 12, 1 atau 2. Tapi semua time-time dia sent chat tu Noni dah terlentok dan Noni reply chat tu pagi esoknya hahahaha itu kejam. Dia siap kejutkan Noni tengah malam-malam macam tu, ada sikit nak marah tapi tak apa la orang rindu katanya ye. Sedih hati Noni, lagi sehari nak sekolah iaitu AHAD. Noni takut semua benda, result, MC hari isnin nanti, teacher sej dan lain-lain. Kepada rakan-rakan Noni yang ajak hang out kat Sunway la, Bukit Cerakah la, ajak tengok wayang, TS apa semua tu. MAAFKAN LA SAYA! Noni sedih sepanjang cuti ibu dan abah control Noni suruh study study study. Ibu belikan banyak modul dan rujukan dan abah bagi scadule apa waktu-waktu Noni kena buat atau belajar. Start 4 pagi hinggi 12tengah malam. Tidur tak cukup oh, bukan setakat study, workout dan jog pon kena. Bak kata diorang jaga imej but for me be myself is enough than be someone else. Hmmm, ibu kata nak jadikan Noni model kat karangkraf. Like what??? not free time. Isy nak menangis. So rakan-rakan Noni sayang, maafkan la ye Noni. Noni nak follow, join korang tapi tak ada kesempatan. Mungkin lepas SPM boleh rasanya. Insyallah satu hari, janji harap dimakbulkan. |