ABOUT LINKS TAG
about


I'm a little cookie, yes i am and i was made by the cookie man and on my way from the cookie pan. a little piece broke off of me but i can taste just as good, uh-huh as a regular cookie can.


Cerita // Tuesday, June 10, 2014
5:21 AM
Assalamualaikum semua,
Maaf la ye, dah lama noni tak buka blogger ni sebab sibuk dengan aktiviti kokurikulum sekolah. Start bulan March sampai bulan April. Bulan march tu Noni terpilih jadi pelari merentas desa untuk peringkat MSSD tapi dapat no. 46, tapi alhamdulilah meningkat dari tahun lepas. Lepas tu, Noni terpilih untuk jadi athlete lari padang MSSD tpai semua tak dapat.Bulan April pula, Noni kawad sampai peringkat negeri iaitu wakil daerah Shah Alam, dan syukur alhamdulilah no keseluruhan Shah Alam no.4 antara 15 buah daerah.

Hari ini 9 June, sekarang tengah cuti penggal. Bagi Noni, mana-mana cuti semua tak bermakna. Sebab? Okay 1. Parent Noni terlampau-lampau busy kerja sampai balik pun malam. 2. Noni duduk di rumah sepanjang cuti yang ada. 3. Kena study whole time. 4. Parent Noni tak bagi Noni berjalan-jalan bersama kawan-kawan Noni. Noni tak nak keluarga noni lupakan tentang diri masing-masing atau porak peranda. Parent Noni selalu bagitahu jangan buat itu ini bila Noni ajak makan angin diorang kata lebih baik rehat kat rumah. Makan angin di rumah? Like what? Masing-masing layan phone chit-chat Whatsapp la, tengok FB la, layan Youtube la. Yela zaman maju orang tua pun layan apps-apps yang canggih dan phone pintar. Noni teringin nak luangkan masa dengan keluarga macam pergi pantai ke, bershopping ke or terokai tempat sejarah ke, faedah juga la kan daripada Noni duduk tercongok kat rumah, termenung sana sini. Hmm, walapuan diorang balik malam, Noni sempat jumpa diorang tapi tengok-tengok muka la tak bertanya pun kalau bertanya pun tanya dah makan ke belum or buat apa kat rumah itu je.

Bulan februari lepas, Noni ada belikan cover phone ip4s untuk Ibu Noni sebab Noni dah patah cover phonenya yang lama time Noni ada motivasi BI. Noni sanggup minta tolong Abang Naz (abang kedua) hantarkan Noni ke Subang Parade semata-mata belikan cover baru ibu Noni. Noni cari sama jenis cover lama tu supaya ibu tak banyak bunyi atau membebel. Cover phone tu agak-agak dalam harga RM45, warna pun lawa. Pastu balik terus tunjukan cover phone tu dan minta maaf tapi hari ni ibu dah tanggalkan cover tak tahu sebab apa, Noni rasa kecewa dan sedih. Rasanya semalam masih pakai cover tu, hmm tak akan dah rosak ke ibu memang tak suka cover tu sejak Noni bagi tu. Isy, rasa menyesal pula rosakkan cover lama phonenya tu.