T.O.N.I.G.H.T // Thursday, June 12, 2014
|
9:18 AM |
Assalamualaikum semua, Hari ini punya cerita bahagia sikit ceritanya, hari ini ibu dan abang Mie ada krusus perniagaan kat Bangi rasanya dan Noni rasa bebas sikit, segala latihan pelajaran dah Noni siap kan..... emmm bukan segala tapi separuh darinya la. Peh, siapa sanggup tahan setiap satu subject kena siapkan 5 buah buku latihan erghhhh for me memang frust and stress otak lagi-lagi biology dan physics. Noni siapkan latihan tu pagi, tepat pukul 2 petang stop study lepastu mandi, tukar baju, lunch dan solat zuhur siap semua. Pukul 3 petang tadi mula la workout dan drill sebelum ber-jogging. Selepas selesai riadah pada pukul 6:33 tepat balik rumah lepastu rehat, mandi dan solat maghrib pula. Then, Noni wechat dengan kawan Noni, namanya samarannya Effa. Ala jiran sebelah-menyembelah je tak jauh jarak rumah 1 kaki je. Chit chat chit chat, dia ajak Noni pergi Chatime, Kota Kemuning (tak jauh pun dari kawasan perumahan kitorang), alang-alang ambik kakaknya yang kerja kat S.R. Yang pandu kereta kakak sulungnya, Fasya. Bila dah sampai dan order, lepak la kitorang bertiga kat chatime, Noni minat coffee so Noni order Americano (C), sedap pahit-pahit manis dan Effa order perisa Chocolate tambah dengan bubble. Yummy~ Noni suka bubble chatime sebab banyak hahaha tak macam coolblog. Lepastu, kitorang keluar dari kedai Chatime tu kitorang ambik kakak Bella kat S.R. tu ala seberang jalan je. Sementara tunggu kakaknya habis kerja pukul 10:00 malam, kak Fasya beli burger sebab dia lapar kan. Tunggu punya tunggu punya tunggu, 18 minit baru kak Bella keluar. Borak borak dalam kereta tetiba kak fasya singgah Mcd order Mcflurry Banana Kick yang baru tu, order 3 dan 1 ais-cream cone pink. Balik dalam pukul 11:00 kira okay la dua jam je daripada tempoh malam Noni jejalan dengan Abang Mie kat uptown damansara sampai kul 3 pagi. Menyirap dibuatnya, balik-balik rumah tu tidur terus atas katil. Noni hanya dapat jejalan bersama dengan rakan-rakan baik Noni sahaja bukan family. Jadi, persoalannya : Adakah family Noni sudah tidak pedulikan masa keriangan bersama orang muda seperti Noni dan Dora? Benarkah kehidupan lebih baik dan ceria jika meluangkan masa bersama rakan-rakan tapi bukan family? Noni masih perlukan family yang bahagia. |